Pelbagai Semasa Terkini

Reezal dahulukan yang utama

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGAMBILAN suntikan vaksinasi oleh Menteri Belia dan Sukan dijangka lewat bersama dengan atlet negara pada bulan April depan.

Ia berikutan kekangan jumlah vaksin yang dimiliki negara pada ketika ini.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, vaksin yang diterima ketika ini agak terhad.

“Saya sendiri pun tidak akan ambil vaksin di peringkat awal dan akan melakukannya bersama-sama atlet kita pada April,” katanya.

Jelasnya, Kementerian Belia dan Sukan telah menghantar sejumlah 4,000 senarai nama atlet dan pegawai yang memohon untuk divaksinasikan.

“Keutamaan akan diberikan kepada 264 atlet bersama pegawai yang bakal sertai Sukan Olimpik, Paralimpik dan Kejohanan Dunia,” ujarnya lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: