Bola Sepak Semasa Terkini

MFL terima suntikan “semangat”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamidin (kiri) dan Reezal Merican menunjukkan isyarat bagus selepas perasmian bola untuk kempen Liga Malaysia 2021.

OLEH : MOHD FITRIE MUHAMAD

DISEBALIK isu ekonomi yang menghimpit negara ekoran pandemik Covid-19, Malaysian Football League (MFL) tetap mendapat kepercayaan daripada banyak pihak untuk menyalurkan tajaan.

Sehingga Isnin (semalam), penganjur Liga Malaysia (Liga M) sudah pun memperoleh tajaan berjumlah RM33,428,000 membabitkan hak penyiaran, tajaan dan juga berbentuk barangan serta servis.

Perkembangan itu secara tidak langsung menggambarkan kredibiliti MFL selaku penganjur Liga Malaysia (Liga M) dan ianya jelas menzahirkan betapa industri sukan ini kekal ada daya tarikan.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sentiasa peka dengan kerisauan ramai pihak khususnya ketika negara dihimpit masalah kesihatan ketika ini.

“Saya faham tentang keresahan peminat dan saya lihat di sosial media kerana tahun lepas MFL tidak umum berapa jumlah tajaan yang diperolehi. Saya perlu jelaskan setiap mesyuarat lembaga pengarah dan rakan kongsi, kita sudah jelaskan secara terperinci.

“Untuk memastikan media dan penyokong faham, saya perlu nyatakan sehingga ketika ini, jumlah tajaan adalah bernilai RM33,428,000 dan ia membabitkan hak penyiaran, penajaan, barangan serta servis,” katanya ketika sidang media Pelancaran Liga Malaysia 2021.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Walaupun sudah mula menampakkan perkembangan positif untuk memastikan kelangsungan arena bola sepak negara, jumlah itu dijangka akan bertambah selepas ada beberapa lagi ikatan bersama penaja lain akan dibuat pada masa akan datang.

Ketika ini, seluruh pengurusan MFL sedang bekerja keras untuk memastikan jumlah yang bakal diperolehi akan terus bertambah sekali gus mampu menzahirkan kepentingan industri bola sepak tempatan.

“Bagaimanapun, ada beberapa penaja lagi yang belum ditandatangani dan InsyaAllah ada penambahan.

“Cukup untuk saya katakan jumlah yang kita dapat setakat ini dan kita harap jumlah itu akan bertambah lagi pada masa akan datang,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: