Semasa Terkini

KELME taja Skuad Projek FAM-MSN

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jersi baharu KELME yang diperagakan pemain Skuad Projek FAM-MSN.

SKUAD Projek FAM-MSN secara rasmi mengumumkan KELME sebagai penaja rasmi kit skuad Projek FAM-MSN untuk tempoh dua tahun.

Perjanjian penajaan bernilai RM500,000 itu telah ditandatangani antara Pengurus Pasukan Skuad Projek FAM-MSN, Encik Mohd Joehari Mohd Ayub dan Pengarah KELME, Choong Tuck Wai di Wisma FAM, pagi ini.

Pada 10 Disember 2020, Persatuan Bolasepak (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumumkan usaha sama membentuk pasukan bersifat pembangunan yang akan bertanding di peringkat kedua Liga Bola Sepak Malaysia, iaitu Liga Premier.

Majlis pelancaran jersi ‘home’, ‘away’ dan jersi ketiga ini telah diadakan secara tertutup dan hebahan hanya menerusi siaran media memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari 2021 yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masih lagi berjalan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: