Bola Sepak Semasa Terkini

Episod baru Hamidin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

OLEH MOHD FITRIE MUHAMAD

MENGEKALKAN jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tanpa bertanding bukan alasan untuk rasa bermegah dan ia langsung tidak menjadi perkara utama yang harus diperkatakan.

Sebaliknya Datuk Hamidin Mohd Amin merasakan sokongan diberikan oleh perwakilan adalah sesuatu tanggungjawab yang harus dilaksanakan secara teliti.

“Pertamanya, saya nak maklumkan menang dengan ada pertandingan atau tidak, ini bukan tempat untuk bersuka ria. Ini tanggungjawab berat ini dan saya kena bekerja lebih kuat untuk pasukan bola kita jadi lebih baik.

“Cara menang bukan keutamaan,” katanya ketika sidang media selepas Pelancaran Liga Malaysia 2021.

Selain kerusi presiden, Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-57 pada 13 Mac ini juga menyaksikan tiada pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden dan akan diisi oleh penyandang ketika ini Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bersama Datuk S Sivasundaram.

Perebutan kini akan tertumpu kepada persaingan lima penjuru bagi merebut empat kerusi Naib Presiden membabitkan Mohd Firdaus Mohamed, Datuk Rosmadi Ismail, Dato’ Posa Majais, Mohd Joehari Mohd Ayub dan bekas penyandang Timbalan Presiden, Dato’ Sri Afandi Hamzah.

Selain itu, persaingan juga akan membabitkan perebutan lapan kerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif membabitkan 17 calon.

“Nasihat saya kepada semua Exco atau Naib Presiden yang akan dipilih, mereka perlu lihat ini bukan tempat untuk bersenang linang tetapi kita dinilai oleh peminat, penaja, media dan semua penyokong. Kita kena bekerja kuat,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: