Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor II pentas cipta kejayaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Mohd Fitrie MuhamadW

Foto Kredit : Selangor FC

WALAUPUN tiada tempat yang dijanjikan buat Selangor FC II untuk ke Liga Super musim depan, kehadiran kelab sokongan itu tidak bermakna sekadar pelengkap jadual.

Ketika pembangunan pemain lebih jadi keutamaan, kejayaan tidak pernah dilupakan kerana ukuran kemampuan pasti bergantung kepada keputusan yang dicatatkan.

Ketika ini, peluang terbuka luas untuk dimanfaatkan sebaik mungkin oleh barisan ‘ubi muda’ Selangor FC II.

MENTALITI JUARA

Untuk sesebuah pasukan pembangunan, fokus utama adalah pembelajaran buat pemain bagi memastikan mereka tampil lebih matang pada masa akan datang.

Selain daripada melahirkan pemain berkualiti, penampilan dalam saingan Liga Premier juga menjadi platform cipta kejayaan yang disifatkan sebagai bonus buat pemain.

Bagusnya bagi bagi pasukan ini, Ketua Jurulatihnya, Michael Feichtenbeiner sentiasa mengingatkan pemain supaya tidak hanya menumpukan kepada kemahiran mahu pun fizikal semata-mata.

Sebaliknya seluruh pemain sudah didedahkan dengan mentaliti sang juara, yang kini menjadi aspek terpenting dalam permainan bola sepak masa kini.

KUDRAT MUDA

Selain daripada pembangunan pemain tempatan, Selangor FC II juga turut menggunakan khidmat import muda.

Musim ini, Selangor FC II akan diperkuatkan import muda diketuai Jordan Ayimbila, 20 tahun dan George Attram, 21, dari Ghana serta Hein Htet Aung, 20, (Myanmar).

Ia dilihat sebagai kelebihan buat Selangor FC II kerana walaupun masih cetek pengalaman, namun mereka memiliki kudrat yang lebih berbanding senior lain.

Kini, segalanya bergantung kepada seluruh pasukan untuk cuba menggunakan kelebihan itu.

KURANG TEKANAN

Jika dilihat kepada perhatian dan promosi, pasukan ‘abang’ memiliki kelebihan sekali gus melapangkan minda anak buah Feichtenbeiner.

Jika pasukan lain seperti Kelantan United FC, Negeri Sembilan, PDRM FC dan Kelantan FC pening kepada untuk memburu slot ke Liga Super, sebaliknya pula buat Selangor FC II.

Situasi itu mungkin memberi sedikit kelegaan buat Selangor FC II untuk tidak beraksi di bawah tekanan.

Bagaimanapun, berbalik kepada tujuan asal, tidak hanya memburu kejayaan, pemain wajar gunakan peluang ini untuk membuka mata pasukan lain seperti yang pernah ditunjukkan beberapa bekas pemain sebelum ini.

Sebagai contoh, antara bekas pemain yang sudah dinaikkan pangkat ke skuad senior kendalian Karsten Neitzel adalah Aliff Haiqal, Zikri Khalili, Danial Asri, Sharul Nazeem Zulpakar dan penjaga gol muda, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bakal dinaikkan pangkat ke skuad utama Selangor FC.

PEMAIN TUMPUAN
* Shivan Pillay (Pertahanan)

PENCAPAIAN MUSIM LALU
Ketujuh Liga Premier


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: