
KEJUTAN berlaku apabila atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang kalah kepada rakan senegara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam Kejohanan Keirin Victorian State 2021 hari ini
Azizulhasni tanpa berselindung memuji
Shah Firdaus yang membuktikan dirinya juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti.
“Beliau beraksi dengan cemerlang untuk merangkul kejayaan di tempat pertama, saya di tempat kedua manakala Ned Pollard dari Victorian Institute of Sport (VIS) di tempat ketiga,” katanya menerusi Facebook.
Apabila ditanya apakah faktor kejayaan beliau hari ini, ini jawapan secara bergurau Azizulhasni.
“Kelibat beberapa gadis-gadis Melayu yang kelihatan datang menyokong dan bersorak “Go Abam Shah hitam manis, hensem lagi katang, Go Go Abam Shah!” telah membuatkan beliau mendapat sumber kekuatan tambahan,” ujarnya.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang datang memberikan sokongan kepada mereka berdua petang tadi.
Add Comment