Basikal Semasa Terkini

Gambaran sebenar KLUFC dan Selangor FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Syahmi Safari (kanan) cuba mengekang pergerakan Indra Putra Mahyuddin pada aksi semalam.

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad / Foto : Mohd Izari Rosli

AKSI Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan nyata memberi gambaran sebenar buat Kuala Lumpur United FC (KLUFC) dan Selangor FC tentang kesediaan pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengendali pasukan, Bojan Hodak (KLUFC) dan Karsten Neitzel (Selangor FC) akui yang masih ada kerja rumah yang perlu mereka lakukan sebelum sepak mula nanti.

“Secara taktikal dan teknikal masih ada kesilapan tapi yang positifnya, kami tidak bolos. Kami memiliki peluang tetapi kami perlu baiki aspek penyudah.

“Kami juga perlu memahami dan dapatkan keserasian antara pemain baru. Secara keseluruhan tidaklah begitu teruk,” kata Hodak ketika ditemui selepas perlawanan semalam.

KLUFC muncul juara Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan selepas menewaskan Selangor FC 4-2 pada penentuan sepakan penalti di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Brendan Gan

Sementara itu, Neitzel berkata daripada aspek positif, beliau gembira apabila pasukannya tidak bolos dalam tiga aksi persahabatan.

“Sudah pasti saya kecewa apabila kalah tetapi ada perkembangan positif ditunjukkan oleh pemain. Namun kita tidak boleh lupakan perkara lain kerana banyak lagi yang kami perlu baiki dan kami akan manfaatkan masa yang ada.

“Perlawanan ini benar-benar membantu apabila kami menentang lawan yang bagus. Kami tidak bolos dalam tiga persahabatan dan kini kami perlu tingkatkan lagi dalam pemburuan jaringan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: