Bola Sepak Semasa Terkini

KLUnited FC Raja Lembah Klang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyerang import KLUFC, Da Silva cuba melepasi kawalan pertahanan lawan.

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad / Mohd Izari Rosli (Foto)

KUALA LUMPUR United FC muncul selaku jaguh sebenar pada aksi pra musim The Derby selepas menewaskan Selangor FC 4-2 pada penentuan sepakan penalti di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan.

Kegagalan dua pemain import Selangor FC, Manuel Konrad dan Oliver Buff memastikan tuan rumah menjulang Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan.

Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir menyaksikan perlawanan. Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Terdahulu, Selangor FC bermula dengan cukup agresif namun dihimpit perkhabaran kurang gembira apabila Shahrel Fikri Md Fauzi terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-7 dan digantikan dengan Ahmad Danial Asri.

Walaupun Kuala Lumpur United FC berjaya mengucar kacirkan benteng perlawanan lawan buat seletika, secara keseluruhan, 45 minit pertama jelas berpihak kepada pelawat dengan aksi lebih teratur dipamerkan kesemua pemain.

Hadin (kiri) diasak pemain Selangor FC

Bersambung babak kedua, ada kelainan dipamerkan anak buah Bojan Hodak namun dinafikan oleh sentuhan penyudah.

Ketika Kuala Lumpur United FC galak mengatur gerakan, import baru Selangor FC, minit ke-66, Buff hampir membuka jaringan sebaliknya lencongan yang dilakukannya tersasar.

Selang tiga minit selepas itu, Kuala Lumpur United FC turut berpeluang tetapi ketumpulan terus mengecewakan apabila rembatan Hadin Azman serong ke sebelah kiri gawang Selangor.

Selepas itu, walaupun ada beberapa peluang dicipta sebaliknya ketumpulan sentuhan penyudah nyata mengecewakan kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, hasrat Selangor julang trofi gagal apabila Konrad dan Buff gagal menyudahkan sepakan penalti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: