
Oleh : Subkhi Sudarji
CALON Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato; Sri Afandi Hamzah mengakui empat calon lain yang bertanding pada Kongres FAM Ke-57 bagi penggal 2021-2025 mempunyai minat yang mendalam dalam bidang bola sepak tempatan.
Tetap merendah diri walaupun sebelum ini pernah memegang jawatan individu nombor dua dalam FAM, Afandi menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksaan perwakilan untuk memilih calon mengisi jawatan tersebut.
“Secara jujurnya semua calon ada kelebihan masing-masing, terima kasih kepada ahli gabungan yang mencalonkan saya. Saya sedia berkerjasama dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bagi memastikan hasrat dibawah perancangan F;30 mencapai kenyataan dan kejayaan.
“Saya tawarkan kemampuan dan pengalaman dalam bidang bola sepak yang saya ada selama ini dan berlandaskan inilah saya menerima pencalonan, selebihnya saya serahkan kepada perwakilan,” jelasnya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.
Bagi jawatan Naib Presiden, dua calon mempertahankan kerusinya iaitu Datuk Rosmadi Ismail dan Mohd Joehari Ayub dengan mereka akan mendapat tentangan tiga lagi calon lain pada pemilihan kali ini iaitu Datuk Posa Majais, Mohd Firdaus Mohamed dan Afandi yang juga bekas timbalan presiden sebelum ini.
Add Comment