
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan pemergian bekas jurulatih sepak takraw negara, Azizuddin Khan Omar Khan satu kehilangan seorang insan yang kuat dalam memperjuangkan sukan sepak takraw demi nama Malaysia.
Menterinya, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, dia memanjangkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Azizuddin atas kehilangan seorang insan yang kuat dalam memperjuangkan sukan sepak takraw demi nama Malaysia.
“Menerima perkhabaran yang amat mendukacitakan apabila mendapat tahu pemergian , bekas jurulatih sepak takraw negara pagi tadi,” jelasnya yang memuatnaik salam takziah menerusi laman rasmi Facebooknya sebentar tadi.
Allahyarham telah membimbing skuad negara dalam Sukan Asia di Bangkok pada tahun 1998 meraih dua pingat perak acara regu berpasukan dan antara regu serta sebutir pingat gangsa.
Beliau yang berasal dari Sungai Pinang, Pulau Pinang juga pernah menjadi apit kanan selain pengadil peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Add Comment