Bola Sepak Semasa Terkini

Status Reserve Team bukan penghalang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TFCII dinobatkan juara sulung Piala Bandar Shah Alam yang membabitkan penyertaan Sri Pahang FC dan Uitm FC, baru-baru ini.

 

STATUS ‘Reserve Team’ yang dimiliki Terengganu FC II (TFCII) bukanlah dijadikan alasan untuk tidak memberikan saingan kompetitif kepada pencabar lain di Liga Premier musim ini.

Tidak banyak perubahan berlaku dalam Terengganu FC II, pengendalinya Badrul Afzan Razali yang menggantikan Roshadi Wahab masih mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu dengan hanya dua pemain iaitu Alif Zakaria dan Engku Nur Shakir Engku Yacob dinaikkan ke Terengganu FC.

Polisi mengetengahkan pemain muda dan “menyerahkan” kepada skuad senior tampak berhasil dengan beberapa pemain tempatan berjaya menempatkan diri dalam skuad bimbingan Nafuzi Zain.

Mintah (dua,kanan) meledak empat gol dari tiga perlawanan persahabatan yang diadakan baru-baru ini.

 

PILIHAN TEPAT

Sejak dari dulu lagi pemilihan pemain import khususnya jentera serangan yang dibawa masuk tidak mengecewakan dan kini nama Jordan Mintah menjadi bualan peminat bola sepak di Terengganu dek kerana kecemerlangannya menghasilkan gol pada setiap perlawanan persahabatan yang diadakan sebelum ini.

Meledak tiga gol pada dua aksi persahabatan merebut Piala Bandar Shah Alam di Uitm Shah Alam sebelum ini dan terbaharu, Jumaat lalu menjaringkan satu gol bertemu TRW Kelantan membuktikan TFCII tidak pernah silap.

Selain Mintah, kehadiran bekas pertahanan Felda United, Argzim Redzovic dan bekas pemain Kelantan, Masaki Watanabe yang memiliki pengalaman dalam saingan Liga Malaysia memberikan kelebihan buat pasukan.

Bakal dikendalikan bekas pemain Terengganu pada lewat 90-an, TFC II ada ramuan menjadi pasukan pilihan berbekalkan ramai pemain muda berbakat selain kehadiran tiga tonggak import yang sudah sinonim dengan kancah Liga Malaysia iaitu Jordan Mintah, Argzim Redzovic serta bekas pertahanan Felda United FC dan Kelantan, Masaki Watanabe.

Barisan pemain TFCII yang turun beraksi pada perlawanan persahabatan merebut Piala Bandar Shah Alam.

KESERASIAN KETARA.

Bagi Badrul  keserasian sesama pemain bukanlah satu masalah besar dan yakin sasaran berada dalam kalangan lima terbaik mampu direalisasikan.

“Saya akan cuba teruskan kecemerlangan Terengganu FC II dalam saingan Liga Malaysia dalam beberapa musim ini seperti mana tahun lalu, apabila pasukan ini mampu meraih tangga kedua Liga Premier.

“Walaupun tahun ini kami gunakan tiga sahaja import berbanding empat pada musim lalu, itu bukan alasan buat kami tidak mampu beri berikan cabaran.

“Mintah bagi saya ialah seorang penyerang yang punyai penyudah yang baik dan sentiasa hadirkan masalah kepada lawan kerana dia ada kualiti tersendiri.

“Bagaimanapun, bola sepak adalah permainan sepasukan, jadi semuan pemain perlu bekerjasama dan tidak boleh harapkan dia seorang sahaja untuk mendapatkan gol,” katanya.

Terengganu FC II akan menentang Skuad Projek FAM-MSN dalam aksi pertama Liga Premier 2021 pada 6 Mac nanti.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: