
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
PENJAGA gol kebangsaan, Farizal Marlias muncul sebagai wakil tunggal Asia Tenggara dalam pencalonan ‘AFC Cup All-time XI – The Best Goalkeeper’ yang dibuat oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Selain Farizal, lapan lagi penjaga gol yang tersenarai dalam pencalonan itu adalah Mehdi Khalil dari Lubnan, Lo’ai Al Amairaeh, Amer Shafi (Jordan), Nawaf Al Khaldi, Musab Al Kandari (Kuwait), Fahad Talib (Iraq), Mosab Balhous (Syria), Mammet Orazmuhammedov (Turkmenistan).
Secara tidak langsung, penyenaraian Farizal itu membuktikan yang Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah berada dalam radar bola sepak antarabangsa khususnya di benua Asia dan jenamanya sudah pun dikenali.
Pencabar Farizal bukanlah calang-calang dan antara yang memiliki pencapaian hebat di pentas itu adalah Fahad yang berjaya menjulang trofi itu tiga kali berturut-turut pada edisi 2016, 2017 dan 2018.
Walaupun hanya berketinggian 178 sentimeter, watak yang dimainkan Farizal kepada skuad Harimau Selatan cukup hebat malah muncul antara hero pasukan itu ketika muncul sebagai pasukan Asia Tenggara pertama muncul juara Piala AFC pada 2015.
Ketika aksi final yang dilangsungkan di Stadium Pamir, Dushanbe, Tajikistan itu, JDT yang dibimbing Mario Gomez muncul juara hasil jaringan tunggal Leandro Velazquez.
“Penjaga gol Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias telah dicalonkan dalam kategori ‘AFC Cup All-time XI – The Best Goalkeeper’ oleh laman web the-afc.com.
“Aksi tangkas Farizal ketika perlawanan akhir Piala AFC 2015 mendapat pujian yang menyaksikan JDT muncul pasukan tunggal Asia Timur muncul juara kejohanan itu,” menurut muat naik di JOHOR Southern Tigers.
Sehingga jam 3.15 petang, Farizal memiliki undian 10.58 peratus, dengan Fahad Talib sedang pendahului pesaing lain dengan mengumpul 29.54 peratus.
Bagi peminat bola sepak di negara ini, ayuh kita mengundi Farizal dan ianya boleh dibuat menerusi https://www.the afc.com/competitions/afc-cup/latest/news/introducing-afc-cup-all-time-xi-the-best-goalkeeper fbclid=IwAR16vqU86ZMRMZukMzoMB74Sh6kRKMHun3II0_ljL_KH7utt0JYev3eYTIM
Add Comment