Antarabangsa Terkini

Woods kena tunggu 3 bulan kembali berjalan


Kenderaan dinaiki Woods yang remuk selepas terlibat insiden.

PEMAIN golf terkemuka, Tiger Woods memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan lagi sebelum boleh kembali berjalan.

Menurut laporan, Woods, 45 telah dipindahkan ke Cedars-Sinai Medical Center dekat Los Angeles untuk meneruskan proses pemulihan akibat kemalangan kereta.

Terdahulu, dia dirawat di Harbor-UCLA Medical Centre.

“Tiger Woods dipindahkan ke Cedars Sinai Medical Center untuk penjagaan orthopedik seterusnya selain pemulihan,” kata Ketua Pegawai Perubatan, Anish Mahajan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: