Bola Sepak

Sivasundaram anggap satu penghormatan, tanggungjawab besar


Keratan akhbar lama ketika Sivasundaram menguruskan kelab Starbrite.

 

DATUK S Sivasundaram kembali tanpa bertanding sebagai salah seorang daripada calon dua Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sivasundaram pertama kali menjadi terkenal ketika dia bergelar pengurus pasukan kelab yang berpusat di Klang, Starbrite pada akhir 1980-an dan awal 1990-an dan tidak menyangka akan dipilih untuk sesi kali ini.

Bekas pegawai Kastam ini juga berpengalaman luas dan pernah berada dalam jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada presiden, setiausaha dan anggota eksekutif pelbagai gabungan FAM kerana telah mencalonkan saya sebagai timbalan presiden untuk penggal 2021-2025.

“Setelah menghabiskan lebih dari separuh hidup saya dalam bola sepak, dengan 10 tahun terakhir berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di FAM.

“Saya menganggap pencalonan timbalan presiden adalah penghormatan dan tanggungjawab besar,” katanya menerusi kenyataan.

 Sivasundaram mengadakan sesi perjumpaan dengan para pemain skuad B-15 kebangsaan kendalian P Maniam pada 2019.

Untuk rekod, beliau telah berkhidmat dengan empat presiden sejak pertama kali dilantik menjadi jawatankuasa eksekutif FAM pada tahun 2010, iaitu Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Beliau juga merupakan pengurus pasukan pasukan bawah 16 tahun kebangsaan yang memenangi Kejuaraan AFF pada tahun 2019.

“Saya optimis akan dapat meluangkan masa dan tenaga saya untuk berkongsi idea dengan kepimpinan FAM.

Sivasundaram akan membantu Hamidin di FAM.

 

“Pengalaman saya dalam menjawat jawatan ketua jawatankuasa tiket dan Stadium FAM, jawatankuasa pengadil dan jawatankuasa peraturan atas perkhidmatan FAS sebagai ahli majlis dan bendahari selama lebih dari 30 tahun, akan menjadikan saya dalam posisi untuk membantu Datuk Haji Hamidin mengemudi FAM,” katanya lagi.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: