Antarabangsa Bola Sepak

Manchester United pilihan juara Liga Europa

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pioli merendahkan diri dan pilih Manchester United sebagai calon juara.

SEMALAM, berlangsung undian Pusingan 16 Liga Europa yang mempertemukan AC Milan dengan Manchester United.

Stefano Pioli, yang merupakan jurulatih Rossoneri, menilai kelab England itu sebagai pasukan pilihan muncul juara.

The Red Devils menjadi tuan rumah pada pusingan pertama pada 12 Mac dan aksi timbal balik di San Siro seminggu kemudian.

“Ini akan menjadi pertandingan yang merangsang dan memotivasi kami apabila menghadapi skuad pilihan terbesar di kejohanan.

“Kami bertemu lawan dan stadium yang mengingatkan kembali saat-saat gemilang dalam sejarah kami,” ujar Pioli kepada ANSA, seperti dilapor Football Italia.

Pertandingan kali ini akan menjadi pertembungan pertama kedua-dua kelab di Eropa dalam satu dekad terakhir. Kali terakhir AC Milan dan Manchester United bertemu adalah di Pusingan 16 Liga Juara-Juara 2009/2010.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: