
PEMAIN muda Manchester United, Shola Shoretire, mengukir rekod baru di kelabnya selepas muncul pemain gantian ketika menentang Real Sociedad di Liga Europa.
Shoretire masuk menggantikan Mason Greenwood di separuh masa kedua laga pada perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
Shoretire menjadi pemain termuda Manchester United yang tampil di saingan antara kelab Eropah. Dia melakukan debut pada usia 17 tahun dan 23 hari.
Shoretire memecahkan rekod yang sebelumnya dicatatkan oleh bekas pemain hadapan The Red Devils, Norman Whiteside, yang melakukannya pada tahun 1982 di usia 17 tahun dan 131 hari.
Sepanjang kariernya, Whiteside pada mencatatkan lebih dari 200 penampilan buat Manchester United di seluruh pertandingan.
Berkata kepada BT Sport selepas pertandingan, pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer menjangkakan Shola Shoretire miliki masa depan cerah bersama United.
“Shola punya skill bagus, dia akan menjadi pemain yang sangat bagus di sini. Malam ini walaupun cuma 15 minit, tapi itu sesuatu yang boleh dia kenang di Old Trafford.
“Mungkin dia akan lebih menikmatinya dengan kehadiran banyak penyokong yang memberi kuasa tambahan. Tapi saya yakin seluruh peminat akan segera mahu melihat terus aksinya,” katanya.
Add Comment