Bola Sepak

Pemain KDA FC mula cergas, bentuk persefahaman


ELEMEN kecergasan dan persefahaman yang ditekankan oleh kejurulatihan skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC mula menampakkan hasil.

Pada perlawanan menentang Selangor FC 2 kelmarin, pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak menang tipis 3-2 dalam aksi pra-musim 2021.

“Secara keseluruhan, para pemain telah mencapai objektif yang disasarkan oleh barisan kejurulatihan iaitu kecergasan permainan dan persefahaman antara mereka.

“Walaupun keputusan bukan menjadi ukuran, ia sedikit sebanyak dapat melonjak moral para pemain menjelang perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan, Rodney Celvin ingin mempertingkatkan lagi dirinya dalam perlawanan akan datang.

“Pasukan Kedah telah diberi tentangan sengit oleh pemain muda pasukan lawan.

“Sepanjang aksi itu, prestasi diri saya masih perlu diperbaiki lagi sebelum saingan liga bermula,” ujarnya.

Malam ini, KDA FC akan turun menghadapi Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d