Antarabangsa Bola Sepak

Mane lupakan saingan EPL, fokus Liga Juara-Juara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mane (kiri) tekad bantu Liverpool duduki empat terbaik EPL.

SADIO Mane seakan menyerah kalah untuk membawa Liverpool mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris. Dia kini mengalihkan fokus memimpin The Reds memenangi Liga Juara-Juara.

Liverpool yang berstatus sebagai juara bertahan Liga Inggeris pada awalnya memulakan kempen musim ini dengan baik.

Anak buah Jurgen Klopp itu sempat menguasai puncak liga seperti musim lalu.

Namun kemudian, badai kecederaan menimpa Liverpool dan prestasi pasukan mula merosot.

Mereka mengumpul 40 mata, dan ketinggalan 19 mata di belakang Manchester City yang sedang menguasai puncak saingan.

“Sasaran kami dari awal adalah (memenangi) Liga Juara-Juara, EPL dan gelaran piala lain. Dan sekarang, saya dapat mengatakan Liga Perdana sudah berakhir.

“Di kepala dan dalam diri kami, kami selalu yakin untuk ‘tidak pernah menyerah’, dan kami tidak akan menyerah. Namun, yang pasti, Manchester (City) adalah pasukan yang bagus,” katanya.

Sayap asal Senegal ini juga tekad membantu Liverpool menembusi empat pasukan terbaik EPL.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: