Bola Sepak Semasa Terkini

Otai yang masih berbisa

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad

KURANG dua minggu saja lagi saingan Liga Malaysia (Liga M) akan bermula secara rasmi dengan aksi Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah sebagai pembuka tirai, 5 Mac ini.

Walaupun persiapan pra musim kali ini tidak berlangsung seperti edisi terdahulu namun Liga Super dan Liga Premier tetap akan menjanjikan aksi sengit.

Disebalik kemunculan pemain muda berbakat, kali ini juga agak menarik untuk turut beri perhatian kepada pemain ‘otai’ dan sejauh mana impak yang bakal disajikan ketika permainan sekarang jelas berbeza berbanding zaman kegemilangan mereka sebelum ini.

Berikut lima pemain veteran yang dilihat wajar diberi perhatian:

Shukor Adan

Shukor Adan, 42, (Kuala Lumpur United FC)
– Pelbagai kejayaan sudah dikecapai pemain ini dan walaupun akan berusia 42 tahun September ini, Shukor nyata cukup cergas untuk menyaingi pemain lebih muda.
– Disiplinnya cukup mengagumkan hingga ada laporan sebelum ini menyatakan Shukor adalah pemain paling cergas dalam kem Kuala Lumpur dan kejayaannya memacu pasukan kembali ke Liga Super musim ini cukup hebat.

Indra Putra Mahyuddin

Indra Putra Mahayuddin, 40, (Kuala Lumpur United FC)
– Kelibatnya jadi watak penting buat pasukan untuk kembali ke Liga Super musim ini.
– Kalau dilihat kepada permainannya, Indra seakan tidak kenal erti penat mahu pun putus asa. Agak kagum dengan semangat dimilikinya untuk mengerah segala keringat yang ada terutamanya ketika pasukan berada dalam situasi getir.

Amri Yahyah

Amri Yahyah, 40, (Sabah FC)
– Berbicara tentang Amri, semua orang pasti teringat magis yang dimilikinya dan mampu muncul tepat pada masa ketika pasukan memang memerlukannya
– Sekali pun sudah mencecah 40 tahun, agak menarik untuk memberikan tumpuan kepada pemain ini dan melihat sejauh mana impak yang bakal diberikan kepada Sabah FC.

Mohd Badhri Radzi

Mohd Badhri Radzi, 39, (Kelantan United FC)
– Penyertaan semula pemain yang mesra dipanggil Piya ini sentiasa diikuti rapat dan dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak negeri itu.
-Sejarah sudah membuktikan Piya memiliki aura dan kemampuan hebat terutamanya ketika menjulang nama Kelantan suatu ketika dulu. Namun kali ini pasti ramai mahu melihat adakah magisnya masih ada untuk membantu Kelantan United FC.

Masashi Motoyama

Masashi Motoyama, 42, (Kelantan United FC)
– Usianya mungkin begitu janggal untuk seseorang pemain import tetapi kehadirannya turut membawa status yang hebat sebagai bekas pemain kebangsaan Jepun dan bekas tonggak kelab gergasi negara itu, Kashima Antlers.
– Dengan pengalaman dimilikinya di pentas tertinggi, sudah pasti ramai yang menantikan sejauh mana impak mampu dijelmakan Motoyama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: