
Oleh : Subkhi Sudarji
KUALA Lumpur United FC (KLUFC) pasukan pertama yang secara rasmi memperkenalkan barisan pemain dan pengurusan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.
Kembali bersaing di kancah Liga Super selepas satu musim di Liga Premier, KLUFC kali ini diterajui jurulatih terkenal Bojan Hodak, yang telah memenangi semua piala besar pertandingan domestik bersama pasukan-pasukan lamanya serta dibantu Nidzam Adzha Yusoff melengkapkan ramuan pencabar kejuaraan musim ini.
Bergelar Naib Juara Liga Premier musim lalu dibelakang Pulau Pinang, kehadiran skuad Warga Kota dalam liga utama kali ini pastinya merancakkan kejohanan yang bakal memulakan tirai 5 Mac nanti.
Berdepan permasalahan jurulatih diperingkat awal, kehadiran Hodak yang merupakan jurulatih berpengalaman dengan meraih kejuaraan meletakkan kini KLUFC atau dengan jolokan The Hawks merupakan salah satu pasukan yang menjadi tumpuan.

GANDINGAN LAMA DAN BARU
Mempertaruhkan gandingan pemain lama berpengalaman dan baharu berbakat selain kualiti pemain import, KLUFC bakal menguji kemampuan barisan pemain pada perlawanan persahabatan pra-musim “The Derby” di antara Kuala Lumpur United FC dan Selangor FC bagi merebut Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan, akan berlangsung pada 27hb Februari 2021 nanti.
Shukor Adan, Indra Putra Mahyuddin dan Safee Sali, Akram Mahinam, Irfan Zakaria, Nik Shahrul Azim dan Hadin Azman bukanlah nama baru dalam saingan Liga Malaysia.
Begitu juga Paulo Josue yang mempamerkan aksi berkualiti mempimpin bahagian tengah terus setia bersama pasukan selain kehadiran pemain import baru, Dominique Da Sylva, Romel Morales, Giancarlo Gallifuoco menambahkan sengat The Hawks.

KESERASIAN PEMAIN
Melihatkan barisan pemain yang diperkenalkan, KLUFC berpeluang meraih sekurang-kurangnya satu piala yang dipertandingan sambil mengharapkan tiada pemain utama yang cedera selain ketajaman gerakan penyudah dimiliki Da Silva semasa beraksi dengan TFC sebelum ini dijelmakan bersama skuad Warga Kota.
Begitu juga kredibiliti dan pengalaman yang ada pada Indra Putra serta Shukor Adan bagi membimbing rakan sepasukan baik diluar mahupun dalam padang perlulah ditonjolkan kerana watak yang ada pada mereka seharusnya ada dalam setiap pasukan.
PEMAIN TUMPUAN
- Dominique Da Silva ( Penyerang)
- Romel Morales (Tengah / Penyerang)
Add Comment