Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Cardiff City dilandasan tepat buru slot automatik

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Cardiff City meraikan kejayaan mengutip tiga mata penuh.

KEMENANGAN 4-0 ke atas Preston NE semalam terus meletakkan Cardiff City di laluan tepat untuk memburu satu slot ke Liga Perdana Inggeris musim depan

Ketika ini, kelab milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu hanya dipisahkan 11 mata berbanding pasukan tangga kedua, Brentford FC dimana juara dan naib juara Liga Kejuaraan bakal mendapat slot automatik ke saingan utama.

Dengan saingan berbaki 15 perlawanan lagi musim ini, peluang boleh dikatakan masih terbuka luas buat pengurus baru Cardiff City, Michael McCarthy mencuri slot automatik.

Walaupun agak sukar, untuk cuba merebut slot automatik, Cardiff City harus memilih jalan selamat untuk menamatkan musim ini dengan mata maksimum 91 mata.

Syaratnya sudah pasti perlu mengekalkan rentak kemenangan dalam baki aksi musim ini.

Dan jika gagal meraih slot automatik, Cardiff City tetap berpeluang mencuri satu lagi slot dengan syarat perlu menamatkan musim ini dalam kelompok enam terbaik.

Pasukan ketiga hingga keenam akan bermain aksi playoff bagi menentukan satu lagi slot ke Liga Perdana Inggeris.

McCarthy perlu mengerah idea dan perancangan lebih rapi menghadapi baki perlawanan akan datang.

 

Yang pasti, McCarthy harus mengerah idea dan perancangan lebih rapi memandangkan baki 15 perlawanan lagi akan mempertemukan Cardiff City dengan pasukan di tempat kedua hingga kelima iaitu Brentford City, Watford, Swansea City, Reading dan Bournamouth.

Daripada lima perlawanan itu, Cardiff akan bermain empat aksi di tempat lawan dan hanya sekali di gelanggang, menentang Watford yang dijadualkan 13 Mac ini.

Ketika ini, Norwich City terlalu unggul mengetuai carta Liga Kejuaraan mengumpul 64 mata.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: