Bola Sepak Semasa Terkini

Mintah penyelamat TFCII

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohamad Hafiz meledak gol pertama buat Sri Pahang FC.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENYERANG import Terengganu FC II, Jordan Mintah sekali lagi menyelamatkan pasukan apabila meledak dua gol untuk memastikan keputusan seri 2-2 menentang Sri Pahang FC pada perlawanan persahabatan Shah Alam City Cup 2021, di Stadium Uitm FC sebentar tadi.

Turun dengan tiga pemain import, Sri Pahang FC terlebih dahulu mendominasi perlawanan khususunya dibahagian tengah sebaik sahaja pengadil perlawanan  S Logeswaran meniupkan wisel perlawanan.

Sri Pahang FC yang dibarisi beberapa pemain berpengalaman dibahagian tengah antaranya, Andrew Lee Tuck dan Muhamad Nor Azam Azih dilihat bergerak bebas mengatur serangan.

Mohd Faizal  seharusnya meletakkan Sri Pahang FC dihadapan pada minit ke 25 namun peluang ketika berhadapan dengan penjaga gawang TFC, Mohamad Shafawi Mohamad gagal disempurnakan untuk meletakkan bola didalam gawang TFC2.

Gol pembukaan yang dicari Sri Pahang FC akhirnya muncul selang tiga minit kemudian hasil gerakan cantik Mohd Faizal bersama rakan gandingan dibahagian hadapan Mohamad Hafiz Ramdan untuk meletakkan pasukan dihadapan 1-0.

TFC2 cuba mencari gol penyamaan namun keputusan berkenaan kekal sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Pertahanan Sri Pahang FC, Mamadou Wague (belakang) bersaing mendapatkan bola diudara dengan penyerang TFC2, Jordan Mintah.

 

Memasuki babak kedua, tidak banyak pertukaran pemain dilakukan kedua-dua pasukan namun TFC2 yang ketinggalan agresif memburu gol penyamaan.

Penyerang import TFC2, Jordan Mintah yang meledak gol penyamaan pada aksi pertama menentang Uitm FC Jumaat lalu membuktikan reputasinya apabila meledak gol pertama pasukan pada minit ke 60.

Menyedari ketumpulan dibahagian serangan, pengendali Sri Pahang FC, Thomas Dooley memasukkan penyerang import, Pedro Henrique dan ternyata kemasukan bekas penyerang PJ City FC itu memberikan impak apabila meledak gol kedua pasukan pada minit ke 70.

Mintah meledak dua gol memastikan TFC 2 meraih keputusan seri 2-2 menentang Sri Pahang FC.

 

Usaha berterusan TFC2 mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila dengan Mintah sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Mohd Zarif Irfan Hishamudin ketika perlawanan berbaki 10 minit ditamatkan.

Sri Pahang FC bakal menamatkan aksi persahabatan tiga penjuru dengan pertemuan menentang Uitm FC pada 23 Februari nanti.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: