Antarabangsa Bola Sepak

Zidane ganti Pirlo ?

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JUVENTUS dikatakan belum berpuas hati dengan hasil kerja Andrea Pirlo.

Ada khabar angin menyebut, Bianconeri masih berharap boleh membawa masuk Zinedine Zidane.

Juventus kini dibimbing Pirlo, yang dilantik pada awal musim, namun kelihatan bergelut di puncak atasan Serie A.

Juventus berada di tangga keempat Liga Itali dengan 42 mata dan skuad diketuai Cristiano Ronaldo berada di bawah Inter Milan (50), dan AC Milan (49).

Menurut laporan OK Diario, prestasi itu belum memuaskan hati Juventus. Pirlo berkemungkinan bakal diganti pihak pengurusan di akhir musim.

Dan sasaran utama Juventus adalah Zidane. Jurulatih asal Perancis, yang juga bekas pemainnya, kini sedang melatih Real Madrid.

Zidane sendiri berdepan kesulitan di Madrid musim ini. Los Blancos masih kekal di tangga kedua La Liga dan ketinggalan di belakang Atletico Madrid.

 


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: