Antarabangsa Bola Sepak

Tanpa Neymar, PSG tetap padu


Hatrik Mbappe benam Barcelona di Camp Nou.

PARIS Saint-Germain (PSG) tidak menghadapi sebarang masalah membenam Barcelona 4-1 walaupun beraksi tanpa khidmat Neymar di Camp Nou.

Kylian Mbappe menjadi bintang kemenangan Les Parisiens dengan melakar hatrik pada perlawanan ini.

Ia juga merupakan aksi pertamanya bermain di Camp Nou. Manakala, satu gol PSG lagi dihasilkan oleh Moise Kean menerusi tandukan.

Barcelona terlebih dahulu didepan menerusi sepakan penalti Lionel Messi, namun Blaugrana seakan tak mampu menahan asakan menggila para pemain PSG pada babak kedua.

Keputusan ini menyebabkan anak asuhan Ronald Koeman harus menang besar di Parc de Princes jika mahu layak ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: