
LIVERPOOL mendapatkan bekalan berharga setelah menumbangkan RB Leipzig, 2-0, pada perlawanan pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Puskas, Budapest, pagi ini.
Dua gol The Reds masing-masing dijaringkan oleh Mohamed Salah dan Sadio Mane pada separuh masa kedua selepas memanfaatkan kesalahan pemain pertahanan Leipzig.
Keputusan ini cukup penting buat anak buah Jurgen Klopp untuk perlawanan kedua pada Mac depan, sekaligus menjadi kemenangan pertama Liverpool setelah tiga kali menelan kekalahan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris.
Add Comment