Semasa Sepak Takraw Terkini

Tindakan MOM bakal jejaskan perancangan raih pingat


Abdul Talib Ahmad

 

Oleh : Subkhi Sudarji

KETUA Jurulatih skuad Sepaktakraw negara, Abdul Talib Ahmad mengakui keputusan yang bakal diambil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan memberikan kesan terhadap usaha Malaysia meraih pingat pada temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam hujung tahun ini.

Baginya, ketiadaan pemain berpengalaman pastinya menyukarkan pasukan untuk meraih pingat yang dipertandingkan pada temasya berkenaan.

“Jika ia dilaksanakan kemana pula hala tuju pemain-pemain senior. Begitu juga minat terhadap sukan sepak takraw ini hanya tertumpu pada usia 23 tahun sahaja yang secara tidak langsung akan memberikan kesan terhadap sukan terbabit.

“Memang perancangan kita untuk meraih pingat sedikit terjejas seandainya keputusan ini dilaksanakan,” jelasnya.

Semalam Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM ) mendakwa MOM akan membuat pengumuman drastik dengan berkeras memaksa kesemua atlet yang akan ke temasya yang dijadual bermula 21 November hingga 2 Disember tahun ini wajib berusia bawah 23 tahun (B-23).

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan dakwaan keputusan MOM itu sambil menyifatkan ia satu tindakan terburu-buru dan berupaya merosakkan perancangan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

Difahamkan selain PSM terdapat juga beberapa PSK turut tidak bersetuju dengan keputusan yang bakal diumumkan MOM esok.

Untuk rekod, skuad negara tampil selaku pemenang pingat emas acara regu pada temasya Sukan SEA edisi 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Thailand tidak menyertai acara tersebut pada kedua-dua edisi Sukan SEA berkenaan.

Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, skuad sepak takraw negara terpaksa berpuas hati dengan pencapaian dua pingat perak dan sebutir gangsa, selepas berjaya meraih dua emas, tiga perak dan enam gangsa pada edisi 2017 di Kuala Lumpur


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: