Antarabangsa motorsport

Yamaha bersaing di MotoGP hingga tahun 2026

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jarvis (tengah) mengesahkan Yamaha kekal bersaing hingga tahun 2026.

YAMAHA mengumumkan melanjutkan komitmennya berlumba di MotoGP sehingga tahun 2026.

Yamaha kini muncul pasukan keempat yang bersepakat ingin mencabar kejuaraan dunia perlumbaan motor kelas tertinggi itu sehingga lima tahun lagi.

Sebelum ini KTM, Ducati, dan Honda sudah terlebih dulu mengotakan komitmennya kekal dalam industri perlumbaan ini.

Dua pasukan lain, Suzuki dan Aprilia juga diyakini akan segera mengumumkan kata putus dalam masa terdekat.

“Dengan komitmen kami kepada MotoGP, Yamaha sedang meraikan tahun ke-60 di perlumbaan grand prix.

“Kami sudah tampil di permainan ini pada 1961. Jadi kami sepenuhnya berkomitmen pada MotoGP, dan saya boleh mengatakan kepada anda setelah sidang media ini, ada satu lagi kenyataan media rasmi menyusul.

“Yamaha sudah menandatangani persetujuan dengan Dorna untuk tahun 2022-2026. Jadi saya sangat gembira untuk itu kata bos Yamaha, Lin Jarvis kepada Motorsport.

Yamaha baru saja memperkenalkan senarai pelumba baharunya, iaitu Maverick Vinales dan Fabio Quartararo.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: