Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Cardiff kembali “mengaum’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KEPUTUSAN Cardiff City melantik Michael McCarthy selaku pengurus nyata keputusan yang tepat untuk mengembalikan prestasi kelab ke tahap terbaik.

Sejak dilantik 22 Januari lalu, bekas pemain antarabangsa Ireland yang menggantikan Neil Harris itu pantas memberikan hasil segera buat kelab milik ahli perniagaan Malaysia, Vincent Tan itu.

Selepas mengambil alih pasukan, McCarthy, 62, memulakan aksi Liga Kejuaraan dengan nota positif apabila mencatatkan dua keputusan seri menentang Barnsley dan Milwall.

Sejak dibawah kendalian McCarthy, semuanya dilihat serasi dengan barisan pemain dimiliki kelab Wales itu.

Ramuan yang digunakan bekas pengendali kelab Cyprus, APOEL FC itu mula sebati dengan pemain apabila raih tiga kemenangan berturut-turut, menang 2-0 keatas Bristol City, menewaskan Rotherham 2-1 dan menundukkan Coventry City 3-1.

Dan kini, rentak positif pastinya mahu diteruskan ketika dijadualkan berkunjung ke laman Luton Town, esok.

Ketika ini, selepas mengharungi 29 perlawanan, skuad The Bluebirds menghuni tangga ketujuh, mengumpul 40 mata hasil 11 kemenangan dan 7 kali seri.

Untuk rekod, Cardiff City menamatkan musim lalu di tangga kelima.

> Jadual perlawanan seterusnya

  • Cardiff City lwn Preston ( 20 Feb 2021 / Std Cardiff City)
  • Bournemouth lwn Cardiff City (24 Feb  2021 / Std Vitality)
  • Middlesbrough lwn Cardiff City ( 27 Feb 2021 / Std Riverside

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: