Semasa Terkini

KBS SENTIASA DENGAR KELUHAN INDUSTRI BOLA SEPAK KOMUNITI

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh MOHD FARIQ

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu industri bola sepak komuniti seperti pengusaha padang komersial dan futsal sentiasa berada di dalam perancangan pembukaan sektor ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Reezal Merican kepada CAKAPSUKAN hari ini, KBS sentiasa mendengar keluhan daripada komuniti dalam industri ini yang juga menjadi salah satu penjana ekonomi dalam negara.

Justeru, Reezal Merican mendedahkan KBS akan berusaha keras untuk membuka kembali sektor industri komuniti kesemua sukan dengan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selaras amalan operasi standard prosedur (SOP) yang ditetapkan.

“Saya mendengar keluhan anda semua (dan) setiap hari saya termasuk pada hari ini melalui media social, saya cuba menambah baik apa sahaja saya mampu supaya setiap industri dapat dibuka semula dengan SOP yang disediakan.

“Saya akan terus berusaha untuk semua lapisan termasuk rintihan nasib industri komuniti sukan bolasepak dan juga sukan lain-lain.

“Saya faham betapa kerugian yang harus ditanggung dan saya akan terus akan bawa segala permohonan kepada MKN untuk mendapatkan kelulusan jika permohonan itu menepati segala SOP ditetapkan,” katanya.

Ciapan netizen di Twitter.

Dalam masa yang sama, Reezal Merican memberitahu beliau bersedia untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan permohonan demi kebaikan semua.

“Saya ada terbaca berkenaan luahan perasaan mereka dalam laman sosial dan saya juga pernah duduk semeja dengan segelintir daripada mereka sebelum ini.

“Saya sentiasa bersedia dengan semua dengan mana-mana pihak jika perlu mendapatkan apa jua permohonan demi kebaikan untuk semua,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: