Bola Sepak Semasa Terkini

Tempoh pendaftaran pertama Liga M dilanjutkan


LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tempoh pendaftaran pertama Liga Malaysia 2021 dilanjutkan dari 12 Februari sehingga 19 Februari ini selepas permohonan badan pengelola liga tempatan itu diluluskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata,  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima surat kelulusan permohonan itu melalui email daripada FIFA semalam (11 Februari 2021) dan unit TMS FAM telah memaklumkan perkara berkenaan kepada MFL.

“Sebelum ini MFL telah buat keputusan bahawa tempoh pendaftaran pertama Liga Malaysia akan bermula pada 21 Januari 2021 sehingga 12 Februari 2021.

“Namun dalam perjumpaan dengan CEO-CEO kelab, keputusan baharu dibuat untuk MFL cuba memanjangkan tempoh pendaftaran pertama ini disebabkan beberapa kesukaran dalam tempoh COVID-19 ini untuk kelab-kelab membuat pendaftaran terutama melibatkan pendaftaran pemain import mereka.

“Dengan itu, MFL telah membuat permohonan kepada FIFA melalui FAM, untuk diberikan kelonggaran menyambung tempoh pendaftaran pertama ini kepada 19 Februari 2021,” jelasnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: