Antarabangsa Bola Sepak

Bayern juara Piala Dunia Kelab


 

Pavard (kiri) jaringan gol kemenangan untuk Bayern Munich.

GOL tunggal Benjamin Pavard pada babak kedua memastikan kejuaraan Piala Dunia Kelab milik Bayern Munich.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Al-Rayyan, Qatar , Bayern menewaskan kelab Mexico, Tigres 1-0 sekaligus meraih enam gelaran dalam tempoh 12 bulan.

Untuk rekod, ini merupakan kali kelapan berturut-turut pemenang Liga Juara-Juara memenangi Piala Dunia Kelab ketika Bayern mengikut jejak langkah juara tahun lalu, Liverpool.

Skuad pimpinan Hansi Flick itu sudah memenangi Liga Juara-Juara, Bundesliga, Piala Jerman, Piala Super UEFA dan Piala Super Jerman musim lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: