Terkini

KBS hargai komitmen pihak kerajaan


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik berhubung kebenaran beberapa sektor sukan dan rekreasi untuk beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 12 Februari 2021.

Kebenaran ini merupakan berita gembira kepada penggiat sektor sukan dan industri sukan selepas kelulusan fasa permulaan yang membenarkan latihan berpusat pasukan-pasukan Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Hoki Malaysia dan Liga Sepak Takraw bermula pada 15 Februari 2021.

“Terima kasih kepada pihak penggiat sukan dan industri sukan kepada YAB Perdana Menteri yang cukup memahami situasi semasa.

“KBS turut menghargai komitmen Menteri Kanan Pertahanan, pasukan MKN serta KKM yang amat positif dengan permohonan KBS dengan pendekatan pro-aktif memperkenalkan pasukan pemantauan dan kawalan melalui sukarelawan Rakan Muda Sports Bubble Volunteers,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan media.

Selain itu, KBS juga telah mengemukakan permohonan untuk membenarkan beberapa lagi aktiviti sukan khususnya yang bersifat
individu serta tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan diri, penjagaan kesihatan individu dan peningkatan kemahiran kendiri serta kelangsungan industri sukan negara.

Terdahulu, dalam pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob tadi, kerajaan kini membenarkan beberapa sukan seperti jogging, berbasikal di kawasan perumahan, tenis, badminton dan ping pong, aktiviti permotoran serta golf.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading