Bola Sepak Semasa

Thanabalan sudah ada pasukan baru ?


LAMA tidak mendengar perkembangan terkini pemain bola sepak negara, N. Thanabalan.

Bekas pemain Kedah, Negeri Sembilan dan Felcra FC ini ini yang bakal menginjak usia 26 tahun pada 25 Februari depan dikatakan sedang diintai pasukan baharu.

Thanabalan berkata kepada CAKAPSUKAN , mengakui dirinya dirisik sebuah pasukan namun enggan mendedahkan secara terperinci.

“Saya dalam perbincangan dengan pasukan ini dan ia dalam peringkat akhir,” ujarnya yang tak sabar menanti detik sepak mula Liga Malaysia yang dijadualkan bermula pada 5 Mac 2021.

Musim lalu, Thanabalan berhijrah ke Perak II secara pinjaman daripada Kedah bagi meningkatkan semula prestasinya.

Namun begitu, pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia menyebabkan saingan Liga Malaysia tertangguh untuk jangka waktu yang agak lama.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: