Bola Sepak Terkini

TMJ sedia bantu PBNP


 

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia menjadi orang tengah berunding dengan pemain baharunya, Mohamadou Sumareh berhubung denda RM4.9 juta yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas bekas majikannya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) dimaklumkan melalui  komen beliau pada satu akaun Instagram yang dipercayai milik penyokong Pahang iaitu pahangfansclub.

“Terima kasih Pahang. Saya akan nego (berunding) dengan dia (Sumareh) untuk selesaikan dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement (penyelesaian) Pahang hutang dia,” tulis Tunku Ismail yang turut  mengucapkan selamat berjaya kepada Sumareh bersama pasukan baharunya, JDT.

Sebelum ini, FIFA mengarahkan PBNP membayar kira-kira RM4.9 juta kepada Sumareh membabitkan tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: