Antarabangsa Bola Sepak

Manchester United mara ke suku akhir


McTominay ledak gol tunggal perlawanan.

BUAT kali ketujuh berturut-turut, Manchester United mara ke peringkat suku akhir Piala FA.

Ia selepas pasukan pimpinan Ole Gunnar Solskjaer itu meraih kemenangan 1-0 ke atas West Ham United di Old Trafford, awal pagi tadi.

The Red Devils mempamerkan aksi hambar tetapi jaringan Scott McTominay memastikan kemaraan ke suku akhir.

Kali terakhir United memenangi Piala FA ialah pada tahun 2016 dan gol ketiga McTominay dalam tiga perlawanan membolehkan pemburuan gelaran ke-13 kejohanan itu diteruskan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: