Sepak Takraw Terkini

STL Champions Cup 2020 kembali bersambung pada 2 hingga 6 Mac 2021


KEJOHANAN STL Champions Cup 2020 yang sebelum ini diadakan di Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim dan ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bersambung semula mulai 2 Mac hingga 6 Mac 2021.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, bagi memelihara SOP-SOP yang telah ditetapkan, PSM akan menyediakan pengangkutan dalaman untuk membawa pegawai dan pemain dari Pusat Kuarantin ke venue kejohanan dan balik semula ke Pusat Kuarantin serta menguruskan makan dan minum untuk kesemua Pegawai dan Pemain yang terlibat semasa mereka menginap di Pusat Kuarantin.

“Kejohanan pada kali ini juga akan dijalankan secara gelembung sukan (sport bubbles) bagi menyelesaikan baki 13 perlawanan lagi yang akan kami berusaha menyempurnakan dalam tempoh 5 hari dan akan dilangsungkan tanpa penonton sepertimana yang telah kami laksanakan sebelum ini.

“Bagi membolehkan setiap pasukan membuat persiapan latihan dan persediaan bagi mencari kesefahaman, keserasian dan kombinasi regu masing-masing dan juga supaya pihak Astro boleh membuat persiapan-persiapan yang lebih rapi, PSM menetapkan akan menyambung semula Kejohanan STL Champions Cup 2020 pada 2 Mac 2021 hingga 6 Mac 2021 nanti.

“Jasa baik dan kerjasama semua pegawai dan pemain untuk memelihara dan mengamalkan SOP-SOP ketat yang telah ditetapkan oleh MKN dan PSM serta hendaklah dilaksanakan mengikut gelembung sukan yang telah ditetapkan KBS,” ujarnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

AHMAD ISMAIL

 

Beliau berkata, pengumuman dibuat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan) semalam berhubung dengan kelonggaran yang diberikan kepada Indutsri Sukan sewaktu PKP ini amatlah dihargai.

“Kami dari Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) menarik nafas lega kerana dengan pengumuman ini Insyallah segala perancangan kami akan dapat digerakkan semula demi membawa sukan Negara ke arah satu tahap yang boleh menaikkan nama Negara, In Shaa Allah.

Dengan kelonggaran yang diberikan ini juga akan dapat memudahkan kami membuat persiapan atlet bagi menghadapi Sukan Sea 2021 yang In Shaa Allah akan di Vietnam pada bulan November 2021 nanti,” ujarnya.

Menurutnya lagi, proses Nyahkuman (Sanitizing) di venue kejohanan akan terus dilakukan setiap hari selepas setiap perlawanan tamat dan semua pasukan yang menjalani latihan berpusat di Negeri masingmasing sebagai persediaan pasukan menghadapi STL Champions Cup ini akan benar-benar mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan MKN dan KBS.

“Mereka semua hendaklah melaksanakan latihan tersebut secara “Quarantin Based Approach” samada di Pusat Kuarantin ataupun dikuarantin di rumah sahaja.

“Pengurusan PSM berdoa dan memohon kerjasama semua pihak untuk benarbenar menjaga etika latihan supaya tidak timbul Kluster Baharu – Kluster Sepaktakraw,” tegasnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: