Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Petanda positif persiapan Harimau Malaya


SUBKHI SUDARJI

SUSULAN keputusan Kerajaan membenarkan program latihan berpusat dilaksanakan bagi pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak (Liga M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai 15 Februari nanti,  ia seolah-olah memberi petanda positif kepada persiapan Harimau Malaya mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Dr Zulakbal Abd Karim berkata kepada CAKAPSUKAN, Kerajaan dijangka akan memperluaskan secara berperingkat kebenaran pasukan menjalani latihan termasuklah skuad Harimau Malaya mengikut kesesuaian dan keadaan semasa dengan mengambil kira nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, dalam kes bolasepak kebangsaan ini adalah kepentingan negara dimana pasukan negara ketika ini buat pertama kalinya ada peluang layak keperingkat seterusnya.

Dr Zulakbal Abd Karim

“Semua pihak perlu terlibat perlu berganding bahu membantu memastikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe memiliki persediaan rapi menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 mengikuti SOP agar tidak wujudnya kluster baru Covid -19.

“Kerajaan dijangka akan memperluaskan secara berperingkat mengikut kesesuaian dan keadaan semasa mengikut nasihat pakar KKM demi kepentingan negara,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini  Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John menjelaskan semua perlawanan kelayakan perlu dihabiskan pada Jun tahun ini.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dijadualkan menentang UAE pada 25 Mac di gelanggang lawan dan Vietnam (30 Mac) di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perlawanan terakhir Kumpulan G di Bangkok dengan Thailand (15 Jun).

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: