Semasa Terkini

MOM komited pastikan Sukan Olimpik selamat, terjamin


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) telah mengambil bahagian dalam Taklimat Chefs de Mission Tokyo 2020 di Playbook untuk Atlet dan Pegawai yang disampaikan oleh pegawai utama dari IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, semalam.

Playbook menggariskan prinsip asas yang diperlukan oleh kontinjen selama 14 hari sebelum perjalanan mereka ke Jepun, ketika memasuki Jepun, semasa mereka di temasya dan ketika pergi temasya tersebut.

Chef De Mission (CDM) Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Wira Lee Chong Wei berkata, langkah-langkah yang digariskan dalam versi pertama Playbook diharapkan akan diperbaharui dalam April dan Jun.

“Kami mengalu-alukan penerbitan Playbook oleh IOC dan Jawatankuasa Penganjur.

“Dengan Covid-19 berlaku di tengah-tengah kita, kami memahami bahawa akan ada syarat tambahan dan pengekangan atlet, dan pegawai kita perlu berkorban serta dapat menyesuaikan diri dan fleksibel.

“MOM komited dan bersatu padu dengan IOC dan Jawatankuasa Penganjur untuk
memastikan atlet dan pegawai kita memahami kekangan baru ini,” katanya dalam satu kenyataan diterima Cakap Sukan.

Beliau berkata, dengan keadaan situasi yang berkaitan Covid-19 terus berkembang, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan IOC dan Jawatankuasa Penganjur serta dengan Kementerian Belia & Sukan dan Kementerian Kesihatan.

“Ia supaya atlet kita mempunyai persekitaran dan platform yang paling ideal untuk menunjukkan prestasi mereka yang terbaik dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: