Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor 2 ikat ‘Wonderkid’ Myanmar


Hein Htet Aung

PEMAIN muda dari Myanmar, Hein Htet Aung melengkapkan skuad Selangor 2 apabila diumumkan sebagai pemain import terakhir musim 2021.

Lebih mesra dengan panggilan Hein, pemuda yang bermain untuk skuad Myanmar B-18, B-19, B-21 & B-23 ini telah menandatangani kontrak untuk bersama Red Giants sehingga musim 2023.

Menerusi laman rasmi pasukan, Selangorfc.com, pemain berusia 19 tahun itu telah bermain untuk naib juara Liga Perdana Myanmar musim lalu, Hantharwady United FC sejak 2019 dan telah membuat 28 penampilan dan menjaringkan 4 gol sepanjang perjalanan.

Dia turut dinobatkan sebagai pemain dengan melakukan bantuan gol tertinggi (9) dari kesemua liga domestik ASEAN pada tahun 2020, menurut portal theaseanfootball.

Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner berkata, pemain sayap kanan ini adalah salah satu bakat muda terbaik dari Myanmar dan yakin Hein akan dapat menyesuaikan diri dengan DNA Selangor FC.

“Saya gembira kerana dia mahu menyertai Selangor FC. Ini adalah peluang untuk Hein mengembangkan karier bola sepaknya. Kita bukan sahaja ingin menghasilkan bakat tempatan yang hebat untuk kejohanan Liga Super, tetapi juga mahu mengembangkan bakat pemain import.

“Hein, George (Attram) dan Jordan (Ayimbila) juga akan menjadi pemain tambahan untuk slot import di pasukan utama Selangor jika diperlukan. Ini juga akan membuka peluang bagi mereka untuk merasai pengalaman bermain bola sepak profesional di peringkat yang lebih tinggi,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: