Bola Sepak Semasa Terkini

Bayangan kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut


 

SUBKHI SUDARJI

BELUM pun saingan Liga Malaysia 2021 memulakan tirai, bayangan kejuaraan Liga Super musim ini seolah-olah sudah menghampiri penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) jika dilihatkan dengan susunan barisan pemain yang dimilikinya.

Bukan menidakkan kemampuan pasukan lain yang juga tetap mengidamkan gelaran tersebut, tetapi perkongsian barisan pemain musim 2021 yang dimuat naik dalam laman sesawang rasmi Johor Southern Tigers mencerminkan segala-galanya.

Bermula dibahagian serangan sehinggalah penjaga gawang serta barisan pemain simpanan semuanya berstatus pemain Harimau Malaya yang pastinya menghadirkan gerun kepada pesaing lain.

Ditambah dengan kehadiran pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh yang diumumkan secara rasmi semalam selain kembalinya bekas ketua pasukan Safiq Rahim serta penyerang import termahal Liga M, Jonathan Herrera boleh dianggap JDT memiliki skuad serba lengkap.

Prestasi tinggi dimiliki pemain sayap Safawi Rasid dan bintang muda , Danial Amier Norhisham menambahkan lagi pilihan buat pengendalinya, Benjamin Mora untuk terus meraih gelaran kejuaraan buat kali ke lapan berturut-turut.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: