
BAYERN Munich memastikan slot ke final Piala Kelab Dunia FIFA selepas menewaskan Al Ahly 2-0, awal pagi tadi.
Gergasi Bundesliga itu menyingkirkan wakil Mesir hasil jaringan berganda Robert Lewandowski.
Bermain di Stadium Ahmed bin Ali, Ar Rayyan, juara Eropah menguasai sebahagian besar babak perlawanan.
Al Ahly juga miliki peluang terbaik namun tandukan Taher Mohamed mudah diselamatkan penjaga gawang, Manuel Neuer.
Keputusan itu menyaksikan Bayern akan menghadapi kelab Mexico, Tigre UANL yang sebelum ini menumbangkan wakil Brazil, Palmeiras.
Add Comment