Bola Sepak Terkini

Qayyum sertai KUFC


 

BEKAS pertahanan Kuala Lumpur, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil kini sah menyertai Kelantan United FC selama setahun bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.

Menerusi lama rasmi facebook Kelantan United FC, pemain kelahiran Kelantan ini yang berusia 26 tahun dan pernah menyarung jersi Kelantan pada 2016-2017 dan PKNS FC (2018-2019) sebelum menyertai Kuala Lumpur musim lalu antara tonggak pertahanan yang memiliki pengalaman khususnya dalam saingan Liga Super.

Melakukan 70 penampilan sejak 2016 hingga 2020, Qayyum juga mampu beraksi di posisi pertahan dan sayap kiri.

Jelasnya, dia bangga dan teruja untuk kembali ke Kota Bharu selepas beberapa musim berkelana di Lembah Klang beraksi dengan PKNS dan Kuala Lumpur.

“Keyakinan yang ditunjukkan pihak syarikat kepada saya selain prospek serta cita-cita besar mereka, tiada sebab untuk saya menolak untuk menganggotai pasukan ini.
Tambahnya, dia akan memberikan persembahan terbaik seterusnya cuba membantu Kelantan United FC mencapai sasaran berada di kedudukan empat teratas bila tamat saingan liga nanti.
“Kita lihat bagaimana kedudukan pada akhir nanti. Pengalaman yang ada pada saya akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu pasukan,” ujarnya menerusi siaran media dikeluarkan KUFC, sebentar tadi.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kelantan United FC Sdn. Bhd, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, pihaknya yakin Mohamad Qayyum akan membantu Kelantan United FC pada saingan Liga Premier musim ini.
“Berpengalaman, masih muda serta sikap profesional, dia akan menjadi satu aset besar buat kita menggapai impian dan cita-cita, inshaAllah’.
Dalam perkembangan sama, KUFC turut mengumumkan pemain kelahiran Jepun Shuhei Fukai akan mengisi slot terakhir import kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Premier musim 2021.
Shuhei yang beraksi di posisi pertahanan tengah bersama Vanr. Hachinohe mempunyai ketinggian 182 cm dengan  memulakan karier remaja bersama Omiya Hardija pada 2009 seterusnya beraksi dengan Hokuriku University pada 2012.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading