MANCHESTER United gagal melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris apabila hanya mampu seri 3-3 bertemu Everton, pagi tadi.
Melihat pasukannya masih memerlukan penambahbaikan, Solskjaer memberitahu United tak seharusnya dianggap sebagai calon pilihan juara.
“Kita tidak bercakap hal meraih gelaran juara. Pasukan ini sudah melalui perjalanan yang panjang.
“Kami tidak seharusnya dianggap sebagai pasukan yang memburu gelaran juara. Itu untuk anda (media). Kami harus lebih baik sebagai sebuah pasukan dan kita lihat saja nanti di mana kami akan berakhir. Harap selepas ini, kami tidak lagi melepaskan gol mudah.
“Mereka miliki tiga percubaan dan mereka menghasilkan tiga gol. Ini mengecewakan.
“Dan ia terjadi di minit terakhir masa kecederaan, itu sangat mengecewakan. Saya tidak akan menyalahkan siapa pun atas gol-gol yang tercipta tapi kami tahu kami boleh bertahan lebih baik,” ujar Solskjaer seperti dilapor Sky Sports.
Keputusan itu telah mengubah pendirian Ole Gunnar Solskjaer yang kecewa apabila United kini ketinggalan dua mata berbanding kelab sekota, Manchester City yang mengutip 47 mata.
Add Comment