
MANCHESTER City melebarkan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Liverpool 4-1 di Anfield, pagi tadi.
Bagaimanapun, pemain tengah City, Ilkay Gundogan menyebut pertandingan musim ini paling sengit dan masih terlalu awal memikirkan untuk memenangi kejuaraan.
Bintang antarabangsa Jerman itu menyumbat dua gol di Anfield untuk membawa pasukannya unggul di puncak.
Banyak pihak memilih City sebagai pilihan setelah pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan pasukannya bukan pesaing gelaran.
Jurgen Klopp pula menekankan anak buahnya sekarang hanya fokus dan berjuang meraih tiket Liga Juara-Juara.
“Masih ada banyak pertandingan yang kami akan lalui. Kami perlu kekal merendah diri.
“Kami tahu kami dalam momentum yang sangat bagus, namun kami tidak boleh berpuas diri dan membiarkan prestasinya turun. Jika itu terjadi, ini akan menjadi musim yang hebat dan berjay buat kami,” katanya dipetik Goal.
Bekas pemain Borussia Dortmund itu telah menjaringkan 11 gol berkongsi jumlah jaringan bersama Raheem Sterling.
Add Comment