Antarabangsa Permotoran

Masa depan Rossi jadi tanda tanya


Rossi (kanan) akan terus berlumba di MotoGP musim ini.

MASIH belum diketahui status adakah Valentino Rossi masih akan berlumba di MotoGP 2022.

Masa depan Rossi akan diputuskan setelah enam atau tujuh pusingan pertama musim ini.

Pada MotoGP 2021, The Doctor berpindah ke pasukan Petronas SRT, setelah meninggalkan Yamaha yang diwakilinya selama 15 tahun pada musim lalu.

Rossi akan berganding dengan Franco Morbidelli, yang merupakan pelumba akademi miliknya.

Akan tetapi, kontrak Rossi dengan Petronas SRT hanya sampai akhir musim ini.

Sementara itu, juara dunia sembilan kali tersebut akan berusia 42 tahun pada 16 Februari nanti.

Rakan baik Rossi, Alessio ‘Uccio’ Salucci, menegaskan bahawa rakannya itu hanya akan membuat keputusan di tengah musim.

“Ia bergantung kepada beberapa pusingan setelah enam atau tujuh grand prix. Kami akan melihat adakah dia boleh bersaing,” kata Uccio kepada Sky Sport Italia.

Difahamkan, pasukan Rossi, Sky Racing Team VR46 memasang hajat untuk beraksi di MotoGP di masa depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: