Antarabangsa Bola Sepak

Ibrahimovic mahukan kontrak baru ?


Zlatan Ibrahimovic

ZLATAN Ibrahimovic menyumbat dua gol ketika membantu AC Milan menumpaskan Crotone 4-0.

Sebelum dikeluarkan, Ibrahimovic membuat isyarat dengan jarinya seolah-olah meminta kontrak baru.

Bintang Sweden itu menghasilkan dua gol pertama Rossoneri, di minit ke-30 dan ke-64.

Selepas meledak jaringan kedua, kamera sempat merakam aksi Ibrahimovic membuat isyarat ke arah bangku penonton di mana terdapat pengarah Milan, termasuk Paolo Maldini dan Ricky Massara.

Sky Sport Italia melaporkan, Ibrahimovic mahukan kontrak setahun atau dua tahun memandang akan tamat akhir musim panas nanti.

Namun, isyarat Ibrahimovic tersebut boleh boleh sahaja sebagai simbolik meraikan dua gol.

Kini, Ibrahimovic sudah melakar 16 gol dalam 17 penampilannya untuk AC Milan di seluruh pertandingan musim ini.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: