Antarabangsa Permotoran Semasa Terkini

MAM berharap MKN berikan kebenaran industri sukan permotoran beraksi


Tan Sri Mokhzani Mahathir

 

PERSATUAN Sukan Bermotor Malaysia (MAM) melihat seandainya pembukaan aktiviti sukan permotoran terus dilarang, ianya bukan sahaja memberi impak negatif khususnya kewangan kepada penggiat industri malah membantutkan pembangunan akar umbi sukan permotoran di negara ini.

Presidennya, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata,  industri sukan permotoran tidak terkecuali seperti sukan dan perniagaan lain yang terkesan dengan pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dimana banyak perlumbaan terpaksa dibatalkan.

Jelasnya, MAM berharap MKN akan membenarkan sukan permotoran dijalankan seperti sukan yang lain semasa PKP 2.0.

“MAM akan memastikan bahawa kejohanan sukan permotoran mematuhi garis panduan baru yang ditetapkan oleh pihak Kementerian, dan kita bersama-sama menangani bagi memutuskan penularan rantaian wabak COVID-19,” jelasnya menerusi kenyataan media yanh dikeluarkan sebentar tadi.

Pada masa sama Mokhzani berkata, MAM

menyambut baik pengumuman Menteri Belia dan Sukan,  Dato ‘Sri Reezal Merican Naina Merican di dalam usaha untuk membuka semula sektor sukan dan rekreasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0).

“MAM menyokong penuh pengumuman yang dianggap tepat pada masanya dan memberi dorongan kepada industri sukan permotoran di Malaysia yang tergendala sejak pelaksanaan PKP 2.0.

“Kami berharap pihak Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dapat memberi pertimbangan yang menyeluruh dan menyenaraikan sukan permotoran sebagai salah satu kategori sukan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Industri sukan permotoran beroperasi di kawasan terbuka di bawah garis panduan (SOP) yang ketat.

“Kami berharap MKN melihat sukan permotoran seperti sukan lain yang akan dibenarkan beroperasi berdasarkan garis panduan baru yang diberikan,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: