Bola Sepak Semasa Terkini

Ifedayo tiba di Malaysia Khamis ini!!!


Ifedayo

 

PENYERANG Selangor FC, Ifedayo Olusegun dijangka tiba di Malaysia , Khamis ini untuk menyertai pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.

Ifedayo yang memulakan karier pertamanya dalam Liga Malaysia bersama Felda United pada 2017 akan menjalani kuarantin sebelum menyertai pasukan.

Difahamkan Ifedayo akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis ini. dan sebaik sahaja sampai di KLIA, dia akan menjalani kuarantin dalam tempoh 10 hari.

Jika segalanya berjalan lancar dan pasukan diberi kebenaran menjalani latihan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dia akan menyertai pasukan menjalani latihan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: