Antarabangsa Bola Sepak

Juventus kembali bersaing rebut gelaran


Cristiano Ronaldo

RENTAK kemenangan Juventus dalam saingan Serie A belum berhenti.

Terkini, Bianconeri berjaya mencatat keputusan positif setelah mengalahkan AS Roma 2-0 di Stadium Allianz Stadium, pagi tadi.

Sepakan kaki kiri Cristiano Ronaldo dan gol sendiri Ibanez memastikan tiga mata pasukan Andrea Pirlo, yang meletakkan mereka masuk ke dalam kelompok tiga terbaik liga dan hanya dibezakan empat mata dari AC Milan yang menghuni di tangga kedua.

Sementara itu, Giallorossi turun ke tempat keempat dengan 40 mata, dan terancam kembali dipintas oleh Napoli dan Lazio yang masih belum turun beraksi.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: