Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Syahrian Abimanyu dan Liridon Krasniqi dipinjamkan ke kelab Australia, Newcastle Jets.


Syahrian Abimanyu dipinjamkan kelab Australia, Newcastle Jets.

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan pemainnya, Syahrian Abimanyu dan Liridon Krasniqi dipinjamkan ke kelab Australia, Newcastle Jets.

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim,  Alistair Edwards berkata, Syahrian yang telah ditandatangani pada penghujung 2020 sebagai pelan jangka panjang.

“Langkah pinjaman ini adalah selari dengan aspirasi untuk membentuk pemain ini bagi beberapa tahun akan datang. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain,” katanya menerusi satu kenyataan dimuatnaik dalam laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Pada 23 Disember tahun lalu, Harimau Selatan memaklumkan telah mengikat Syahrian Abimanyu yang merupakan bekas pelatih Levante berusia 21 tahun itu dari Indonesia dan ia merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading